Matlamat utama penubuhan SEDAR Parti_Sedar_Rakyat

  • Melindungi hak dan keistimewaan penuh bangsa Bumiputera Sarawak.
  • Melaksanakan pemulihan pembangunan sosioekonomi rakyat di Sarawak.
  • Mewujudkan pasaran ekonomi, institusi perbankan, & pelaburan kewangan Sarawak yang lebih stabil, berdaya saing, mampan, dan terus kukuh.
  • Mewujudkan budaya politik & perpaduan politik yang adil, sejahtera, saksama, tegas, jujur, ikhlas, amanah, dan bermaruah, khususnya dalam kalangan semua ahli-ahli SEDAR & ahli-ahli Majlis Tertinggi SEDAR.
  • Mewujudkan sebuah kerajaan Sarawak baharu yang lebih stabil, kukuh, sejahtera, jujur, amanah, tegas, dan berteraskan kerajaan untuk semua kaum & agama di Sarawak, sepertimana yang diamalkan di negara United Kingdom, Australia, Belanda, dan Korea Selatan.
  • Mengembalikan kuasa autonomi pentadbiran & pemerintahan Sarawak, sekaligus dapat diterajui pemerintahannya oleh para pemimpin tempatan dari semua kaum di Sarawak.
  • Menghapuskan sepenuhnya budaya politik wang & budaya rasuah di kalangan semua ahli-ahli SEDAR, termasuk ahli-ahli Majlis Tertinggi SEDAR.
  • Menghapuskan sepenuhnya budaya lompat parti di kalangan ahli-ahli SEDAR, termasuk ahli-ahli Majlis Tertinggi SEDAR.
  • Melindungi hak kebajikan & kesejahteraan masyarakat Melayu Sarawak.
  • Melindungi hak kebajikan khusus yang menyeluruh untuk masyarakat Dayak dan masyarakat Cina di Sarawak.
  • Memperjuangkan sepenuhnya hak-hak golongan bangsa Dayak, Orang Ulu, Cina, Punan Bah, Miriek, dan Penan selaras dengan dasar penyatuan seluruh bangsa Malaysia, keharmonian & kesejahteraan masyarakat Sarawak, serta memperkasakan pembangunan komuniti semua kaum dan agama seiring dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • Menggalakkan golongan belia di Sarawak untuk menceburi apa-apa bidang, termasuk bidang sains & teknologi, bidang ekonomi, bidang sukan, bidang keusahawanan, dan juga bidang seni & hiburan.
  • Anak-anak di Sarawak haruslah didedahkan dengan pendidikan berasaskan teknologi & inovasi, pelaksanaan pendidikan teknikal & vokasional (TVET), pelaksanaan pembelajaran secara maya (digital learning), serta pendidikan berasaskan eksplorasi angkasa lepas & aeroangkasa.
  • Melaksanakan pembangunan baharu di Sarawak, termasuklah pembinaan kompleks perumahan mesra rakyat, pembinaan kompleks bandar baharu, serta menaiktaraf lebih banyak infrastruktur asas (bekalan elektrik, bekalan air, jaringan internet 4G & 5G, dan tenaga solar) di seluruh Sarawak.
  • Menggalakkan pasaran ekonomi antarabangsa dengan melaksanakan kerjasama penuh antara negara-negara maju dengan Kerajaan Negeri Sarawak.